Sabtu, 18 Julai 2009

Mungkin kesilapan aku........

Kalau tengok pada tajuk aku sendiri tak pasti apa sebenarnya.Tapi itu yang sedang berlaku dalam diri aku.Banyak perkara yang berlaku kesan daripada sesuatu yang aku anggap satu kebetulan..mungkin kebetulan tu dah ditakdirkan.Aku kenal sorang hamba Allah ni yang memang aku anggap sebagai kawan...seterusnya teman dan akhirnya aku jadi rapat...

Dia datang dalam kehidupan aku tatkala dia diuji yang Maha Esa.So aku sebagai manusia yang punya hati memberi dia sedikit ruang untuk meluahkan segala masalah yang ada...(mungkin hari ni dia ada problem ntah esok lusa aku plak...tapi terus terang aku katakan yang aku selesa bila bercakap dengan dia,dalam masa yang sama aku still hormat dia atas sebab dia sebenarnya sudah berkeluarga).Sememangnya aku tau hamba Allah ni sudah ada life dia sendiri dan aku sangka dia bahagia dengan kehidupan tapi........betullah kata ibu aku yang tak ada satu orang pun di muka bumi ni yang tak akan ada masalah.

Tapi dalam tempoh tu ntahla antara sedar ke tak terbit satu perasaan yang aku tak pernah rasa selepas aku kecewa pada satu masa dulu.Sampai satu tahap dia juga rasa apa yang aku rasa(dia mengaku dia sayangkan aku)....aku pernah cuba blok feel aku kat dia sebab aku takut aku terbakar....tapi aku sendiri tak tau kenapa saat aku mula memberi dan menerima perasaan tu semua menjadi sebaliknya....Setiap kali dia bercerita dan meluahkan perasaan sedih akan masalah dia,aku selalu nasihatkan yg baik untuk dia.....tapi satu benda yang aku selalu dok pikir "agaknya dia ada perasaan dengan aku sbb dia ada masalah ke....nanti esok-esok bila semua jadi ok dia akan lupakan aku?"

Dan......dan.......dan........akhirnya apa yang pernah berlegar dalam fikiran aku menjadi kenyataan.Selepas dia hilangkan diri dlm 1 tempoh yang aku anggap lama sebenarnya.Dia datang semula pada aku dan dia cakap waktu tu masalah dia hampir jadi ok......seharusnya bila dia cakap yang masalah dia hampir settle,patutnya aku rasa gembira tapi......aku sendiri tak tau tiba-tiba aku rasa hancur luluh hati aku dan aku rasa sedih teramat kerana aku dapat rasakan yang aku akan kecewa lagi.

Aku sedar aku di tahap mana.....bagi aku bila orang yang aku sayang bahagia maka aku juga akan ikut bahagia.Yang pasti aku mahu apa yang terjadi menjadi sesuatu yang terbaik.Aku sanggup berkorban demi masa depan 2 putera dia yang sangat comel dan kecil lagi tu....Apa yang aku tau perasaan aku pada dia adalah satu kesilapan iaitu aku sayang pada orang yang salah dan waktu yang tak tepat.

Buat insan yang aku anggap dia bertuah sebab bukan senang untuk aku zahirkan perasaan sayang tu,aku akan tetap doakan yang terbaik...aku amat harap dia mampu kembali ke dunia indah dia yang dulu tanpa gangguan orang ketiga lagi...Cuma bagi diri aku,hidup harus di teruskan,lagipun aku masih muda...aku tak mau mengharap sesuatu yang tak pasti yang mana jika terus...dan terus aku harap ia kan menjadikan luka yang pernah ada dalam hati aku berdarah semula tapi dengan insan yang berbeza.Aku tetap percaya akan ada insan yang bernama Adam yang diciptakan buat Hawa seperti aku kan hadir...apa jua takdir yang ditetapkan untuk aku....AKU REDHA.hidup kena semangat....




"kerna sekali cinta ....... aku tetap cinta...kata
rossa & pasha"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan