Jumaat, 25 September 2009

Riuhnya jumpa setahun sekali......

Semalam 23 hb 2009 bersamaan 4 syawal, aku dengan semua geng aku konvoi pi raye umah salah seorang ahli geng kitorang,yang kitorang senang panggil mak rai..(huhu nama betul qurai).Hah....dia duk Tangkak almaklumlah dah bersuami.sehari sebelum tu member aku si miza ni dah heboh ajak kumpul nak pi.....oleh kerana dialah manusia paling bz(ngalahkan bini pm)...jadi tanpa sebarang bantahan & pertanyaan aku pun setuju je...nama pun macam tajuk yang aku cakap kat atas...yang penting sorang daripada geng kitorang yang kami pangil ct pun ada balik...dia serupa gak...study nun KL sana so masa yang ada kita sebat je...Seronok sangat...walaupun sebenarnya ada sorang lagi geng kami yang tak de..dek kerana last minit plan..dia ada 2 anak si ena ni so tak pelah kami geng lain faham sangat tanggungjawab dia.
Tapi tu mang dah seronoklah dapat kumpul cuma aku tak sangka lah ada sorang kawan sekolah aku yang aku panggil Azim sudi join sekali....thanks la...dia ni poyo sikit..ada ek sikit hahaha....tapi still best jadi kawan dia...tapi mak aiiiii,......aku cuma kenan kereta dia tu siot....untung si miza kalo amik dia.....memang happening malam tu tukar cerita antara satu dengan lain,hah ni aksi yang sedia pening kalo diingat....









yang ni aksi poyo aku ngn geng aku...yang sebelah ni plak siuman sikit la...wakakaka hah...yangmamat dok lentok kat kwn aku yang seksi tu lah si AZIM.....hahha..tah leh blah aku tgk...tapi best la senang ckp member aku yang tuan rumah tu leh pitam melayan kitorang thanks rai...seb baik MAT JAM tak ada...bukan jam tau tapi EN.MAT JAM a.k.a suami qurai.

Yang ala-ala pose malu-malu kucing ni..kawan baik aku jugak.nama dia Duha..hihihi.....yang senyum simpul sebelah dia tu la buah hati dia yang dalam beberapa minggu lagi jadi suami dia....so alang-alang jumpa dalam suasana tsunami tu dia dan tunang dia dok ngedar ler kad-kad kahwin...09/10/09 akan datang dia kahwin.Tahniah la...sorang-sorang kahwin sudahnya aku,ct,net & miza yang solo...almaklumlah cantik sangat kitorang tu yang payah laku...hahahhaa...(gurau + perasaan)..

tapikan ada sorang lagi kawan aku yang ada tapi aku mang tak de niat nak amik gambar dia apatah lagi nak letak dlm blog aku ni.wat semak je sebab asal ajak dia aku mang nyirap sebab datang paling lambat...hihi jgn mare ye Epul.

Apapun aku takkan lupa kenangan malam tu sebab tak tahulah bila lagi masa dapat berkumpul...aku cuma harap dan terus berdoa walaupun semua antara kami akan ada kehidupan lain (kahwin ler)....ukhwah antara kami akan terus kekal..aku sayang semua kawan aku.....harap raya seterusnya kita still kasi gegar rumah geng yang ada ok...

Buat seluruh sahabat yang kenal aku jemputlah datang ke rumah hari raya sebab aku mang tak buat arumah terbuka sebab pintu rumah aku mang sentiasa ternganga luas utk korang datang....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



MAAF ZAHIR & BATIN


dari aku
"Odah a.k.a batman"

Salam Lebaran 2009

Kemeriahan meraikan syawal kian menggamit perasaan.Lagu-lagu hari raya juga kian kuat berkumandang walaupun sudah hampir seminggu menyambutnya.keriangan dan kemeriahan lebaran membuatkan kita lupa sebentar masalah ekonomi negara serta buat-buat pejam mata bila melihat bil-bil yang ada.
Apa yang pasti hari raya mesti dimeriahkan.Itu lumrah hidup buat rakyat yang kita gelar satu malaysia,tanpa beza budaya,agama,adat mahupun warna kulit hari raya tetap disambut dengan jayanya.Setahun sekali datang kalau tak sambut meriah maka hilanglah seri raya itu.
Buat semua handai taulan ku serta seluruh umat Islam di Malaysia
SELAMAT HARI RAYA.
Berhati-hatilah dalam setiap langkah agar tiada duka di saat kita bergembira.

Rabu, 2 September 2009

Merdeka......1 Malaysia



Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52.....



Salam Ramadhan 1430H

















Berpuasa dah masuk hari ke 12.......buat teman taulan jalanilah bulan ini dgn penuh berkat ...Amin.......