Jumaat, 25 September 2009

Salam Lebaran 2009

Kemeriahan meraikan syawal kian menggamit perasaan.Lagu-lagu hari raya juga kian kuat berkumandang walaupun sudah hampir seminggu menyambutnya.keriangan dan kemeriahan lebaran membuatkan kita lupa sebentar masalah ekonomi negara serta buat-buat pejam mata bila melihat bil-bil yang ada.
Apa yang pasti hari raya mesti dimeriahkan.Itu lumrah hidup buat rakyat yang kita gelar satu malaysia,tanpa beza budaya,agama,adat mahupun warna kulit hari raya tetap disambut dengan jayanya.Setahun sekali datang kalau tak sambut meriah maka hilanglah seri raya itu.
Buat semua handai taulan ku serta seluruh umat Islam di Malaysia
SELAMAT HARI RAYA.
Berhati-hatilah dalam setiap langkah agar tiada duka di saat kita bergembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan