Jumaat, 25 September 2009

Riuhnya jumpa setahun sekali......

Semalam 23 hb 2009 bersamaan 4 syawal, aku dengan semua geng aku konvoi pi raye umah salah seorang ahli geng kitorang,yang kitorang senang panggil mak rai..(huhu nama betul qurai).Hah....dia duk Tangkak almaklumlah dah bersuami.sehari sebelum tu member aku si miza ni dah heboh ajak kumpul nak pi.....oleh kerana dialah manusia paling bz(ngalahkan bini pm)...jadi tanpa sebarang bantahan & pertanyaan aku pun setuju je...nama pun macam tajuk yang aku cakap kat atas...yang penting sorang daripada geng kitorang yang kami pangil ct pun ada balik...dia serupa gak...study nun KL sana so masa yang ada kita sebat je...Seronok sangat...walaupun sebenarnya ada sorang lagi geng kami yang tak de..dek kerana last minit plan..dia ada 2 anak si ena ni so tak pelah kami geng lain faham sangat tanggungjawab dia.
Tapi tu mang dah seronoklah dapat kumpul cuma aku tak sangka lah ada sorang kawan sekolah aku yang aku panggil Azim sudi join sekali....thanks la...dia ni poyo sikit..ada ek sikit hahaha....tapi still best jadi kawan dia...tapi mak aiiiii,......aku cuma kenan kereta dia tu siot....untung si miza kalo amik dia.....memang happening malam tu tukar cerita antara satu dengan lain,hah ni aksi yang sedia pening kalo diingat....









yang ni aksi poyo aku ngn geng aku...yang sebelah ni plak siuman sikit la...wakakaka hah...yangmamat dok lentok kat kwn aku yang seksi tu lah si AZIM.....hahha..tah leh blah aku tgk...tapi best la senang ckp member aku yang tuan rumah tu leh pitam melayan kitorang thanks rai...seb baik MAT JAM tak ada...bukan jam tau tapi EN.MAT JAM a.k.a suami qurai.

Yang ala-ala pose malu-malu kucing ni..kawan baik aku jugak.nama dia Duha..hihihi.....yang senyum simpul sebelah dia tu la buah hati dia yang dalam beberapa minggu lagi jadi suami dia....so alang-alang jumpa dalam suasana tsunami tu dia dan tunang dia dok ngedar ler kad-kad kahwin...09/10/09 akan datang dia kahwin.Tahniah la...sorang-sorang kahwin sudahnya aku,ct,net & miza yang solo...almaklumlah cantik sangat kitorang tu yang payah laku...hahahhaa...(gurau + perasaan)..

tapikan ada sorang lagi kawan aku yang ada tapi aku mang tak de niat nak amik gambar dia apatah lagi nak letak dlm blog aku ni.wat semak je sebab asal ajak dia aku mang nyirap sebab datang paling lambat...hihi jgn mare ye Epul.

Apapun aku takkan lupa kenangan malam tu sebab tak tahulah bila lagi masa dapat berkumpul...aku cuma harap dan terus berdoa walaupun semua antara kami akan ada kehidupan lain (kahwin ler)....ukhwah antara kami akan terus kekal..aku sayang semua kawan aku.....harap raya seterusnya kita still kasi gegar rumah geng yang ada ok...

Buat seluruh sahabat yang kenal aku jemputlah datang ke rumah hari raya sebab aku mang tak buat arumah terbuka sebab pintu rumah aku mang sentiasa ternganga luas utk korang datang....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



MAAF ZAHIR & BATIN


dari aku
"Odah a.k.a batman"

Salam Lebaran 2009

Kemeriahan meraikan syawal kian menggamit perasaan.Lagu-lagu hari raya juga kian kuat berkumandang walaupun sudah hampir seminggu menyambutnya.keriangan dan kemeriahan lebaran membuatkan kita lupa sebentar masalah ekonomi negara serta buat-buat pejam mata bila melihat bil-bil yang ada.
Apa yang pasti hari raya mesti dimeriahkan.Itu lumrah hidup buat rakyat yang kita gelar satu malaysia,tanpa beza budaya,agama,adat mahupun warna kulit hari raya tetap disambut dengan jayanya.Setahun sekali datang kalau tak sambut meriah maka hilanglah seri raya itu.
Buat semua handai taulan ku serta seluruh umat Islam di Malaysia
SELAMAT HARI RAYA.
Berhati-hatilah dalam setiap langkah agar tiada duka di saat kita bergembira.

Rabu, 2 September 2009

Merdeka......1 Malaysia



Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52.....



Salam Ramadhan 1430H

















Berpuasa dah masuk hari ke 12.......buat teman taulan jalanilah bulan ini dgn penuh berkat ...Amin.......










Rabu, 26 Ogos 2009

I"m back....

Lama betul aku tak update blog ni.Sepanjang pertapaan ni sebenarnya kondisi aku kurang baik.Demam berulang....penat aku berulang-alik ke hospital.Ubat jangan cerita berpuluh biji dah aku telan tapi hasil sama.Hari ni baik,lusa demam balik,dalam tempoh tu mahu atau tidak aku terpaksa ambil cuti sakit..seminggu tu lama gila aku tinggalkan kerja kat ofis tu.Dapat aku bayangkan betapa bertimpanya fail-fail atas table aku.

Berbalik pada cerita sakit aku,ada suatu perkara nak aku kongsi di sini.Kenapa ek dalam dunia serba moden dan canggih sekarang ni,masih ada segelintir manusia yang jauh tertinggal ke belakang.Sanggup membelakangkan agama demi kepentingan nafsu amarah.Aku sendiri tak sangka sebenarnya keadaan kesihatan aku yang tak baik sebelum ni sebenarnya berpunca daripada manusia yang dengki pada aku.

Bunyi memang kelakar,kalau aku tengok pada diri aku ni,aku bukan orang kaya yang hidup beralaskan duit ataupun bertiangkan emas,tapi kenapa masih "dia" sanggup kenakan aku.Aku tak pernah kacau hidup sesiapa....Walhalnya kehidupan aku yang selalu jadi kacau bilau sebab orang yang kacau kebahagian aku.Aku hilang insan yang aku sayang juga kerana ilmu yang manusia salah gunakan.Sebagai orang Islam aku redha,mungkin ini ujian dari tuhan buat aku yang istimewa dimatanya.Ibu aku selalu cakap,"Allah akan duga umat yang dia sayang untuk dinilai kesabaran dan keimanan kita".

Buat ibu dan ayah yang paling aku sayang.....terima kasih atas semuanya.Inilah dua insan yang bersusah payah di kala aku hilang pertimbangan dan disaat aku sakit menanggung azab ilmu dari jalan yang salah.Mungkin tika aku sakit menahan siksa ada orang sedang bergembira.Tapi percayalah setiap helai derai tawa itu akan dihitung di akhirat kelak.

Ramadhan datang lagi.....

Hari ni 25 Ogos 2009...pejam celik...pejam celik...dah masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa.Bulan ni lah satu bulan yang seharusnya setiap dari kita harus jadikan permulaan dalam menyucikan diri dari semua dosa...
Bagi aku bila tiba bulan puasa ni lah yang membuatkan hati aku sayu.Ramadhan 2 tahun lepas aku kehilangan insan yang paling aku sayang...datuk yang aku panggil sebagai abah.Setiap kali waktu bersahur dan berbukalah hanya dia difikiran."Abah hanya doa yang dapat orang titipkan buat abah".rindunya tak terkata.....Waktu begini sememangnya mendambakan kita menjadi penyabar.Puasa harus ikhlas disamping amal ibadat tidak di lupakan."Ya Allah....berikan aku hidayah di bulan yang mulia ini"

Khamis, 30 Julai 2009

Yasmin Ahmad (1958-2009) dalam kenangan


Pemergian pengarah filem dan iklan terkenal serta aktivis seni Allahyarham Yasmin Ahmad lewat tengah malam,25 Julai lalu terus ditangisi rakan taulan sehingga kini...rasa tersentap aku dengar berita ini sedangkan kita lihat arwah sihat sentiasa ..tapi itulah dikatakan sebagai ajal...dia datang apabila sudah sampai waktunya.Kehilangan yang sukar di cari ganti.Buat Allahyarham Yasmin Ahmad,51,damai dan tenanglah dikau di sana....

Al fatihah...